Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BULOH KASAP

85010 SEGAMAT, JOHOR.

Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat (SMKBK) telah dibuka pada 1 Januari 1983. Pembukaan sekolah ini berikutan pertambahan bilangan pelajar di kawasan sekitarnya. Pertambahan ini disebabkan juga oleh pembukaan kawasan-kawasan Felda Pemanis 1 dan 2 serta Felda Selancar. Sekolah-sekolah yang sedia ada disekitar kawasan ini begitu ramai jumlah pelajarnya. Oleh itu, jalan penylesaian terbaik dengan membina sebuah sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat Johor Darul takzim.

Sekolah ini diberi nama sempena dengan pekan Buloh Kasap.Pekan ini terletak kira-kira 8 km dari Bandar Segamat dan 3 km dari sekolah ini. Kebanyakkan masyarakat yang tinggal di kawasan ini adalah berbangsa Cina dan Melayu. Walau bagaimanapun bilangan pelajar Cina di sekolah ini tidaklah begitu ramai. Sekolah ini memulakan sesi persekolahan buat pertama kalinya pada tanggal 1 Januari 1983. Pada ketika itu, seramai 13 orang guru dan 292 orang pelajar. Pengetua pertama sekolah ini ialah En.Piara Singh.Pada ketika itu terdapat hanya seorang kerani dan seorang tukang kebun yang dipinjamkan oleh SMK Munshi Ibrahim, Labis.

Mulai tahun 1984, pertambahan guru dan pelajar begitu drastik. Pada tahun ini, pertambahan guru meningkat 2 kali ganda daripada 13 orang menjadi 25 orang guru. Begitu juga tahun berukutnya, pertambahan seramai 45 orang. Pada tahun ini, guru sekolah ini berjumlah 72 orang. Pertambahan guru ini adalah berikutan daripada peningkatan jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke sekolah ini. Jika pada tahun 1983 bilangan pelajarnya cuma 292 orang tetapi selepas 5 tahun (1988) bilangan pelajarnya adalah 1104 orang.

Mulai 1 Jun 1995, Pengetua sekolah ini ialah Tuan Haji Abbas Bin Haji Abd. Rahman. Bilangan pelajar meningkat begitu drastik pada tahun 1993 iaitu menjadi seramai 1320 orang.

Kebanyakkan pelajar sekolah ini datangnya Felda Pemanis 1 dan 2, Kampung Kuala Paya, Kampung Sepinang, Kampung Gelang Chinchin dan Pekan Buloh Kasap. Majoriti (90%) pelajar sekalah ini berbangsa Melayu. Peningkatan pelajar ke sekolah ini adalah berpunca daripada pembukaan dua kawasan projek perumahan baru yang berhampiran iaitu Taman Yayasan dan Taman Segamat Jaya.

Bilangan pelajar yang begitu ramai dari Felda Pemanis 1 dan 2 telah membolehkan sebuah sekolah menengah dibina di kawasan tersebut dan telah dibuka pada sesi 1994/1995. Dengan pembukaan sekolah tersebut, jumlah pelajar di SMKBK telah berkurangan kepada 597 orang pada sesi 1994/1995. Pada sesi ini juga, bilangan guru di SMKBK ialah seramai 51 orang.

Pengetua sekolah ini mulai 5 April 1999 ialah En.Tan Keng Chuan. Pelbagai kejayaan dicapai oleh SMK Buloh Kasap terutamanya ketika pentadbiran di bawah En.Boo Hian yang menjadi Pengetua dari 16 Julai 1999 hingga 1 Julai 2003.

Mulai 1 Julai 2003, Pengetua SMK Buloh Kasap ialah En.Yasiran Bin Maskom. Kini nama SMK Buloh Kasap semakin terkenal melalui pelbagai kejayaan dalam bidang akademik khususnya dalam bidang kokurikulum.

 

 

 

Hak cipta terpelihara : B-toNg & the geNg’s

LayaN…zaSss…

 

| Homepej | Ahli | Sekolah | Pautan | Nota TM |